........

Thursday, February 24, 2011

fighting !_!

masa hari apa ntah x tau???
aq rehat ngan minah ni............bila aq ckp ngan dia,dia buat x tau
bila aq jln ngan dia dia buat x tau
pastu aq balik la kelas

esok tu dia buat x tau je kat aq.Aq pon buat x tau je la
pastu dia bagi mesege kat dlm fb aq..........dia kata kalo x kwn tu buatlah sara x kwn
pastu dia mencarut2
aq pelik la....kat skolah dia nak mintak maaf,tapi kat fb mencarut....
pastu dia kata nak jumpa aq
x pe la aq kata 'buat apa nak jumpa lagi,kita kan dah x de pape".......
pastu dia ckp dia nak pulang kan barang yg aq kasi kat dia selama ni
pastu dia hantar mesege lagi.....dia ckp aq BODOH pastu dia ckp brg yg aq bagi kat dia tu x sampai
RM1.00 pon.....
sedangkan aq bagi lolipop kat dia 70sen/80sen
dia boleh pulangkan kat aq lolipop yg 20 sen nyer........

hari apa nth aq x ingat.........aq gi la toilet ngan kwn aq
tiba2 aq nmpk la (aqilah)kwn aq dari kelas lain
aq tanya die sapa ada alm bilik air tu??
dia jwb:rasa2 ko dengar suara dia sapa??
aq pon jawablah FATIHAH
dia ckp salah

tiba2 budak tu bukak pintu bilik air
aq nmpk byg2 mcm dia pastu aq keluar l dari bilik air
dia boleh ckp aq pengecut
mna aq x bengang
aq patah balik gi toilet
aq marah la dia mcm ni
asal ko ckp aq pe......tut...tut.....
mcm tu la ceritanya

main bola jaring:)

dalam pukul 5.30 aq gi turun padang ngan (amira)...
sampai block(c) shafiqah jalan ngan kitorang.......
bila sampai je pdg kitorang gi la tempat main bola jaring,
pastu kitorang bahagikan 2 kumpulan,tengok2 x cukup org.....
kitorang ajak la budak laki main.....

Masa budak laki main,,perghhhh......x leh bla power gile diorang main.(abe)bila aq jaga dia je mesti dia tolak aq
sakit hati~

time pompuan dpt bola laki mula la gelabah(HAHAHAHAHA)
pastu bila (sarah)nak bagi bola kat aq mesti (naem)kacau line........dia lompat gile la tinggi

sblum kitorang balik,kitorang main bola tampar...........
lawak je (amira)COMEL
geram tengok dia........habis2 je kitorang main,kitorang lepak kat pondok block B,
aq nmpk motor dari jauh mcm acik roti
aq pon sebutlah "acik roti" diorang sume gelak kat aq .........
bile motor tu dah dekat,aq tengok rupa-rupanya cik mat zin
diorang sume ckp acik roti tu pakwe aq.........
benci betul.....haha

sampai sini je la
nnti nak tulis text lain lak

kisah sebatang pokok epal


Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.
Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih.
"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.
"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu.
"Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih.
Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan."
Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.
Masa berlalu... suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira.
"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "
Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu.
"Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya," pokok epal itu memberikan cadangan.
Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.
Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa.
"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.
"Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu.
"Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu.
Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.
Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu.
"Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati... " kata pokok epal itu dengan nada pilu.
"Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu.
"Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu. Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat.
Mereka berdua menangis kegembiraan.
Cerita ini dipaparkan untuk mengajak semua untuk berfikir tentang pengajaran yang dapat diambil di sebalik cerita tersebut. Sebenarnya pokok epal yang digambarkan di dalam cerita di atas adalah anologi kepada kedua ibu bapa kita. Kita dapat lihat daripada cerita di atas, jika kita memerlukan bantuan, kita akan mencari ibu dan ayah kata. Selepas mereka membantu kita, kita selalunya tinggalkan mereka dantidak ambil kisah tentang mereka. Mereka (ibu bapa) sentiasa mencari jalan untuk membantu anak-anak mereka, namun ramai anak di luar sana yang tidak mengenang budi malah menderhakai mereka. Fikirkan.